Dengan mengakses, menyemak imbas atau mengunakan mana-mana bahagian platform ns70 — termasuk laman web, aplikasi mudah alih atau perkhidmatan berkaitan — anda dengan ini mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan kesemua terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen ini.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan platform ns70. Pengunaan berterusan selepas sebarang perubahan terma dianggap sebagai penerimaan terma yang dikemaskini. Pengguna mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menggunakan platform ini.
2
Penciptaan Akaun dan Keselamatan
Untuk mengunakan perkhidmatan ns70 secara penuh, anda dikehendaki mendaftar akaun dengan memberikan maklumat yang benar, tepat dan terkini. Setiap pengguna hanya dibenarkan memiliki satu akaun berdaftar. Pemilikan berbilang akaun oleh individu yang sama boleh menyebabkan penggantungan atau penutupan keseluruhan akaun berkenaan.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan kata laluan dan kelayakan log masuk akaun anda. ns70 tidak akan bertangungjawab atas sebarang kerugian yang timbul akibat akses tanpa kebenaran kepada akaun anda disebabkan kecuaian dalam menjaga maklumat log masuk. Sebarang aktiviti mencurigakan pada akaun hendaklah dilaporkan kepada pasukan sokongan dengan segera.
ns70 berhak untuk memerlukan pengesahan identiti pada bila-bila masa bagi memastikan keselamatan platform dan mematuhi keperluan pematuhan. Pengguna yang gagal mengemukakan dokumen pengesahan yang diminta dalam tempoh yang ditetapkan mungkin mengalami sekatan sementara pada fungsi akaun.
3
Tanggungjawab Pengguna dan Peraturan Platform
Pengguna bersetuju untuk mengunakan platform ns70 hanya untuk tujuan yang sah dan tidak melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai di Malaysia atau negara lain yang berkaitan. Aktiviti-aktiviti berikut adalah dilarang sama sekali di platform ns70:
- Mengunakan perisian automatik, bot atau kaedah tidak sah lain untuk berinteraksi dengan platform
- Melakukan penipuan, pemalsuan maklumat atau menyamar sebagai individu lain
- Mencuba untuk mengeksploit kelemahan teknikal atau memanipulasi hasil permainan
- Memindahkan dana antara akaun untuk tujuan pengubahan wang haram
- Menyebarkan kandungan berbahaya, tidak senonoh atau menyalahi undang-undang melalui platform
ns70 berhak untuk menyiasat sebarang aktiviti yang disyaki melanggar peraturan ini dan mengambil tindakan yang sesuai, termasuk penggantungan akaun atau pembekuan dana yang terlibat sambil siasatan dijalankan.
4
Maklumat Pembayaran dan Transaksi
Semua transaksi kewangan di platform ns70 dilaksanakan dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM / MYR). ns70 menyokong pelbagai kaedah pembayaran tempatan termasuk pemindahan bank dalam talian, dompet elektronik dan kaedah pembayaran digital yang diluskan. Deposit dan pengeluaran diproses melalui saluran selamat dan dienkripsi.
Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan bahawa dana yang didepositkan berasal dari sumber yang sah dan berdaftar atas nama mereka sendiri. ns70 tidak menerima pembayaran daripada kad kredit atau akaun pihak ketiga yang tidak berdaftar atas nama pengguna akaun.
Had minimum dan maksimum deposit serta pengeluaran dinyatakan dalam platform dan tertakluk kepada perubahan. Kos transaksi, jika ada, akan dimaklumkan sebelum transaksi disahkan. Semua keputusan berkaitan transaksi yang dibuat oleh sistem ns70 adalah muktamad melainkan terdapat bukti kukuh kesilapan teknikal yang dapat disahkan.
Pengeluaran memerlukan pengesahan identiti yang sempurna sebelum diproses. ns70 berhak menahan atau menangguhkan pengeluaran yang menimbulkan syak dalam tempoh siasatan dijalankan tanpa sebarang notis awal, selaras dengan obligasi pematuhan platform.
5
Had Liabiliti, Dasar Akaun dan Harta Intelek
Had Liabiliti
ns70 tidak akan bertangungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung, sampingan atau berbangkit yang timbul daripada penggunaan platform, termasuk gangguan perkhidmatan akibat masalah teknikal, gangguan internet atau peristiwa di luar kawalan platform. Liabiliti keseluruhan ns70 kepada mana-mana pengguna adalah terhad kepada jumlah dana aktif dalam akaun pengguna berkenaan pada masa insiden berlaku.
Penggantungan dan Penutupan Akaun
ns70 berhak untuk menggantung atau menutup akaun pengguna tanpa notis awal sekiranya terdapat pelanggaran terma ini, aktiviti penipuan yang disyaki, atauatas permintaan pihak berkuasa yang berwajib. Dana yang tinggal dalam akaun yang ditutup kerana pelanggaran terma mungkin akan dilucutkan bergantung kepada hasil siasatan.
Pengguna yang ingin menutup akaun secara sukarela boleh berbuat demikian melalui bahagian tetapan akaun atau dengan menghubungi sokongan pelanggan ns70. Baki dana yang sah akan dikembalikan setelah proses pengesahan identiti selesai.
Harta Intelek dan Pautan Pihak Ketiga
Semua kandungan, reka bentuk, kod dan bahan lain dalam platform ns70 adalah hak milik eksklusif ns70 atau pelesenya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Pengguna tidak dibenarkan menyalin, mengedar atau mengunakan semula sebarang kandungan tanpa kebenaran bertulis. Platform ns70 mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga; ns70 tidak bertanggungjawab atas kandungan atau dasar laman-laman tersebut.
6
Perubahan Terma dan Undang-undang yang Terpakai
ns70 berhak untuk mengubah, menambah baik atau menggantikan mana-mana bahagian terma dan syarat ini pada bila-bila masa. Perubahan yang material akan dimaklumkan kepada pengguna melalui notis dalam platform atau melalui saluran komunikasi yang didaftarkan. Pengunaan berterusan platform selepas notis dikeluarkan dianggap sebagai penerimaan terma yang dikemaskini.
Terma dan syarat ini ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan terma ini hendaklah diselesaikan terlebih dahulu melalui rundingan antara pihak berkenaan. Sekiranya rundingan gagal, pertikaian akan dirujuk kepada bidang kuasa mahkamah yang bersesuaian di Malaysia.
Untuk pertanyaan berkaitan terma ini, hubungi pasukan sokongan ns70 melalui e-mel: [email protected]